Tuesday 11 May 2010

Sinopsis Penuh Adamaya.

Sinopsis Adamaya

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan. Kalau diselami betul-betul, ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton iaitu TV3 mahu menyerap nilai kesedaran yang tinggi dan betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu.

Ini terjadi sebab ikatan cinta antara suami isteri itu sangat rapuh. Maka berlakulah pengkhianatan, perpisahan dan perceraian berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussien) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani), Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibubapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Sambungan daripada kisah perkahwinan mereka yang kini ditayangkan. Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak bernama Amani (Mia Sara).

Dani lakonan Faizal Yusup pula telah berkahwin dengan Jasmin dan selepas lima tahun, Dani kembali mencari Maya. Percintaan Adam dan Maya menghadapi dugaan tatkala Dani muncul semula dalam hidup mereka. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.


Maya kemudiannya kembali menyulam kasih bersama Dani hingga mengabaikan suami dan anaknya, Dani terlalu obses kepada Maya dan memaksa Maya meminta cerai dari Adam.

disebabkan Dani yang tidak ikhlas sayangkan Amani, memukul Amani di drpan mata Maya menyebabkan Maya hilang percaya kepada Dani, Maya sedar Adam lah yang terbaik dan kemudiannya berbalik kepada Adam.

Adam yang sememangnya ikhlas cintakan Maya menerima Maya dan meneruskan kisah mereke, Mika pula berbahagia bersama janda Dani, Sarah berkahwin dengan sahabat baik Adam, Shahrul.


Tamat.

No comments:

Post a Comment